Sunday, November 27, 2011

Qiammullai

Assalamualaikum wbt..

Qiammullai bermaksud dirikan malam. Melakukan ibadah sunat contohnya baca Al-Quran, solat sunat taubat, solat sunat tahajut, solat sunat hajat dan lain-lain.

Amalan qiammullai ini Allah sangat suka apabila kita melakukannya atau menegakkan. Allah berjanji meletakkan orang yang selalu melakukan qiamuallai di tempat yang sangat terpuji (syurga).

Rasulullah bersabda:

 “Amalan qiam ini amalan orang-orang yang soleh yang terdahului dari kami.”

 Ia adalah amalan para nabi dan sahabat-sahabat baginda. Kehebatan qiam adalah dapat mengampunkan dosa dan mendekatkan diri kepada Allah.

Saidatina Aisyah RH berkata:  Rasulullah tidak pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun dalam keadaan uzur.

Rasulullah melakukan solat malam sampaikan bengkak kaki baginda. Malunya rasa apabila dibandingkan dengan kita hanya membengkakkan mata kerana terlebih tidur. Nauzubillah..

Allah SWT berfirman:

“Lambungkan mereka dari tempat tidurnya, mereka berdoankepada tuhan dengan rasa takut dan penuh harap,dan mereka menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah As-Sajdah: 16)

Ciri-ciri orang yang beriman yang terdapat dalam (Surah As-Sajdah: 16)
  • ·         Meninggalkan tempat tidur mereka untuk solat tahajjud
  • ·         Mendermakan sedikit harta mereka

Allah SWT berfirman:

“Wahai orang yang berselimut(Muhammad)! Bangunlah (untuk solat) pada malam hari, kecuali sebahagian kecil, (Yaitu) separuhnya atau kurang sedikit dari itu, Atau lebih dari (seperdua ) itu, dan bacalah Al-Quran dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan turunkan perkataan yang berat kepadamu. Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi  jiwa); dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan .” (Surah Al-Muzzammil: 1, 2, 3, 4, 5, 6)

Semua ini terpulang kepada kita apa yang harus kita lakukan untuk mencari cinta yang abadi daripada Allah SWT. 


Saturday, November 26, 2011

Atas Dasar Keimanan

Assalamualaikum wbt

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa untuk menjenguk ke blog ini.

Pada zaman globalisasi ini, dunia semakin meniti alaf kemajuan. Bangunan setia membangun diseluruh pelusuk dunia. Arus pemodenan ini membuat manusia semakin lupa akan tujuan asal mereka berada di muka bumi ini. Mereka menganggap dunia adalah segala-galanya pada mereka. Mereka umpama meyorong dunia tetapi akhirat mereka cicirkan.

Didalam kegusaran ini, aku telah menemui sebuah buku yang membuat diri ini tersedar akan tanggungjawab diri ini sebagai seorang manusia di muka bumi ini dan hamba pada penciptanya. Didalam buku itu banyak dikaitkan dengan keimanan yang menjadi dasar kepada seorang hamba kepada penciptanya. Setiap apa yang kita lakukan haruslah dikaitkan dengan iman. Juga dalam persahabat iaitu Uhibukkifillah yang beramaksud bersahabat kerana ALLAH SWT. Ini kerana kita umat islam yang berpegang pada rukun islam dan iman.


"Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama ALLAH (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadi mereka bertambah iman, dan kepada tuhan jualah mereka berserah." (Al-Anfal:2)
"Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara." (Al-Hujurat:10) 
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan ALLAH (untuk membela Islam), dan orang-orangyang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berjuang itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia."  (Al-Anfal:75)

Dengan keimanan, segala perkara dan permasalahan dapat di selesaikan.
Walaupun 1001 masalah sebab itulah Rasulullah SAW menyeru kepada umatnya supaya beriman kepada ALLAH SWT.


 
NH_

Wednesday, October 5, 2011

Manjada Wajada

Assalamualaikum...

Tip untuk menghadapi peperiksaan


1. Pastikan anda berada dalam keadaan yang tenang dan jangan berasa fobia apabila mendengar perkataan peperiksaan.



2. Ulangkaji dan semak kembali nota-nota yang lama.



3. Jangan tidur lewat kerana anda memerlukan tenaga untuk harinya


4. Pastikan diri anda sentiasa bertenaga dan aktif supaya memudahkan anda untuk berfikir.


5. Dalam pemelajaran haruslah ada sifat ingin tahu.



6. Kaedah pemelajaran seterusnya adalah menghafal, ia dilakukan setelah memahami apa yang dipelajari

7. Semasa belajar haruslah bersikap bersungguh-sungguh untuk berjaya


8. Jangan sesekali menyarahkan kepada takdir semata-mata .


9. Jangan mudah berputus asa kerana rahmat ALLAH itu hampir dengan kita.


10. Insyallah.. dengan usaha, tawakal dan doa kejayaan akan menjadi milik kita..AMIN

 Selamat menjalani peperiksaan... insyallah  Kita boleh berjaya..
selamat menghadapi medan jihad ^_^


Assalammualaikum..

Cinta kerana ALLAH

Assalammualaikum kepada sahabat/iah yang membaca blog ini.

Cerita mengenai kisah sahabatku..

Sahabatku ini berasal sangat jauh.. pertama kali aku melihatnya hati ini seperti ada satu tarikan yang luar biasa. Menenangkan hati bila melihatnya. Kami mula bersahabat. Aku mengenalinya dengan sikap yang seorang yang periang dan suka senyum. Senyuman itu memang sinonim dengan dirinya. Persahabatan kami mula akrab. Susah senang, suka duka dan pahit manis kami bersama. Disaat aku keseorangan dan kesedihan dia hadir. Pada dirinku penuh dengan seribu satu kisah suka duka. "Sedangkan Lidah Lagi Tergigit" apa lagi persahabatan. Adat bersahabat katakan. Kini persahabatan kami menjangkau 3 Tahun. Setiap PERTEMUAN pasti akan ada PERPISAHAN. Kini sudah sampai masanya untuk kami membawa haluan sendiri. Aku harapkan aku dan dia bertemu dan berpisah kerana ALLAH. Semoga setiap kenangan yang kita lalui bersama jangan di lupakan. Ingati aku dalam doamu. Aku sayangkan mu sahabat seperjuanganku. 
"Tidak beriman seseorang itu, selagi mana dia tidak menyayangi saudaranya, sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." 

Cinta kerana ALLAH

Ukhuwah Till JANNAH

 
NH_

Wednesday, September 28, 2011

Muhasabah Dirimu

Setiap apa yang terjadi terpulang pada diri kita sendiri. 

" Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang tebaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yan paling soleh dalam kalangan  kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"- Imam Hasan al-Basri.  



Wednesday, September 7, 2011

Sesuatu Yang Indah

Assalamualaikum ,....
sahabat-sahabiah sekalian......

Jom kita berteka teki 

baki ini berteka-tekinya berbunyi begini...
Ianya dipenuhi dengan keajaiban,
Apabila ia di beri kepada seseorang maka ia memberikan 1 kebahagian pada diri yang menerima,
Tidak dapat dirungkai lagi  maknanya,
Malah Rasulullah juga bersabda tentangnya,
Iaitu ia dianggap sebagai sedekah.
Ia juga dapat mengubat hati yang lara,
Apakah itu ...?

Jawapannya adalah__
"SENYUMAN"

Sebenarnya senyuman ini membawa pelbagai makna dalam hidup kita.

Semua orang senyum tidak semestinya akan gembira tapi semua orang yang gembira akan senyum.
Senyum selalu  ….. ^_^

Assalamualaikum ….. 



Thursday, August 4, 2011

DIA DATANG LAGI.......

Assalamualaikum..
"DIA DATANG LAGI"..
Siapa "DIA" yang dimaksudkan..?
Ini jawapannya  "RAMADHAN" ..



Ramadhan adalah bulan untuk umat Muhammad s.a.w. kerana bulan Rejab adalah bulan ALLAH S.W.T dan bulan Sya'ban adalah bulan bagi Muhammad s.a.w. Di bulan yang penuh keberkatan ini ambillah peluang untuk beramal kepada ALLAH.S.W.T. kerana Ramadhan akan datang belum tentu kita akan menemuinya lagi. Jadikan bulan Ramadhan ini kita jadikan sebagai titik tolak untuk kita berubah (berhijrah) walaupun suatu perubahan itu sukar tapi kita gunakan kepayahan itu untuk memperoleh mardhotillah (keredhaan ALLAH). Walaupun perubahan itu sedikit tapi yang penting istiqamah. 


Insyallah...


Firman ALLAH yang bermaksud :-
Wahai orang-orang yang beriman ! Bertakwalah kepada ALLAH (dengan mengerjakan suruhanNYA dan meningggalkan laranganNYA ) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhati apa yang di talah sediakan ( dari amal-amalnya ) untuk hari esok ( hari akhirat ) dan ( sekali lagi diingatkan) bertakwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
(surah AL-Hasyr)


Jadi di bulan Ramadhan ini, memperbanyakanlah amalan-amalan sunat dan jangan pula tinggal amalan-amalan wajib. Janganlah kita puasa tapi tidak solat ia seperti pohon yang tiada batang untuk bertahan. Jadikan bulan ramadhan sebagai tarbiyah kepada kita dan semoga kita beroleh kesempurnaan amal dan takwa. 
"SELAMAT DATANG  RAMADHAN."







Saturday, July 23, 2011

Kasih sayang

Assalamualaikum

Kepada sahabat-sahabiah maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini .. ^_^

Apa perasaan kita apabila mendapat barang yang percuma..?
Pasti berasa seronok dan gembira, apatah lagi barang itu dari orang yang di kasihi tentu pemberinya akan diingati sampai mati. Ada juga segelitir orang yang lupa dari mana dia memperoleh barang tersebut.

Dalam hal ini, manusia lupa akan pemberian yang percuma sama ada dalam sedar atau tidak sedar iaitu oksigen dan denyutan nadi. Darimana datangnya semua itu..? Cuba kita bayangkan jika ALLAH itu berkira dan mengenakan cas setiap sedutan oksigen dan setiap denyutan nadi, tidak terkira nilainya. Oleh itu, dengan cara apa untuk kita berterima kasih kepada-NYA . Dengan bersyukur keatas nikmat yang diberikan dan membuat apa yang di perintahkan dan tinggal segala yang di larang (amal makruf nahi mungkar).

Cuba kita lihat sekeliling, ada matahari, tumbuh-tumbuhan, air, haiwan dan banyak lagi. Jika semua itu tidak ada, apa akan terjadi kepada manusia. Jika tidak ada tumbuhan maka tidaklah adalah oksigen ,jika tidak ada haiwan maka tidak adalah makanan. Ini menunjukkan bahawa kita  saling memerlukan antara satu sama lain. Maka ingatlah apa yang dijadikan ALLAH S.W.T. tidak dijadikan sia-sia. ALLAH MAHA BESAR dan MAHA MENGETAHUI.

Di dalam kekurangan ada kesempurnaan. Natijahnya, bersyukur dan bersujudlah kepada ALLAH S.W.T sesungguhnya kita hanyalah hamba yang lemah yang tidak mempunyai apa-apa didunia ini kerana semua itu hanyalah pinjaman semata-mata. Fikir-fikirkanlah, moga menjadi pendorong untuk kita berubah…

Wassalam....



Monday, June 6, 2011

DOA

Agama islam menyuruh pengganutnya supaya selalu berdoa kepada ALLAH SWT. Setiap doa yang terbit di hati haruslah tulus ikhlas dari hati yang suci.

ALLAH berfirman yang bermaksud :

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku (ALLAH) maka (jawablah) bahawa Aku ini hampir. Aku memperkenankan doa orang yang memohonapabial dia (bersungguh-sungguh) memohon kepada-Ku. Maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, semoga mereka selalu mendapat panduan yang baik.”
( Surah al-Baqarah :186 )

10 SEBAB DOA TIDAK DI MAKBULKAN

1.       Tidak menunaikan hak ALLAH.
·   Bersikap kufur dan menentang hukum ALLAH
·   Tidak tunduk dan patuh kepada kekuasaan ALLAH
·   Tidak mempunyai matlamat hidup
2.       Tidak mengamalkan AL-QURAN.
3.       Mengikut rayuan iblis.
4.       Tidak mengamalkan sunnah rasul.
5.       Tidak beramal untuk mendapatkan syurga.
6.       Tidak takut kepada neraka dan berbuat dosa.
7.       Tidak menyiapkan bekalan untuk menghadapi kematian.
8.       Sibuk menceritakan aib orang dan lupa kepada aib sendiri.
9.       Makan rezeki ALLAH tetapi tidak pandai bersyukur.
10.   Tidak mengambil iktibar dari pengkebumikan jenazah.

Berdoalah sepertimana doa – doa Rabi’atul Adawiyah.
Sama – sama kita  hayati doa Rabiatul Adawiyah siang malam rabiatul memohon doa kepada ALLAH …

"Apa saja yang akan Kau kurniakan kepadaku berkenaaan dengan dunia berikan kepada mereka yang memburunya dan apa saja kebaikan yang akan Kau kurniakan kepadaku berkenaan akhirat berikan lah kepada hambu-Mu yang beriman kerana aku mahukan kasih-Mu tuhan. Wahai ALLAH jika aku beribadah kerana syurga-Mu,janganlah engkau masukkan aku kedalam syurga. Andai aku beribadah kerana takut akan neraka-Mu maka lemparkanlah aku kedalamnya tetapi wahai Tuhanku jika aku beribadah kerana inginkan keredhaan-Mu maka janganlah engkau sia-siakan daku." 

Begitulah doa Rabiatul Adawiyah setiap malam. Ini menunjukkan begitu besar kecintaanya kepada ALLAH.
Sekarang sama- sama kita tengok pada diri kita adakah kecintaan kita kepada ALLAH sepertimana kecintaan Rabiatul Adawiyah.

Wednesday, April 27, 2011

YA ALLAH...

Assalamualaikum....

Wahai Tuhan.. ku tak layak ke syurgaMU.... 
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU.... 
ampunkan dosaku dan terima lah taubatku... 
sesunggunya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar... 
dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai... 
dengan rahmatMU ampun kan daku oh Tuhanku...
Wahai Tuhan selamatkan kami ini...
dari segala kejahatan dan kecelakaan... 
kami takut, kami harap kepadaMU... 
suburkanlah cinta kami kepadaMU...
kami lah hamba yang mengharap belas dari MU....

Monday, April 11, 2011

TAUBAT.....

Remaja masa kini..

Inikah bekalan amalan yang akan kita bawa kelak ke akhirat. Adakah kita tahu dunia sekarang adalah dunia akhir zaman. Bertaubatlah kawan-kawan sementara pintu taubat itu masih terbuka luas. Jika pintu taubat itu sudah tertutup,pada masa itu jika kita hendak bertaubat tidak ada gunanya lagi...walaupun kita menangis air mata darah sekalipun ALLAH tidak akan terima lagi taubat kita. Ingat lah kawan - kawan... 








Tuesday, February 22, 2011

BUAT MU IBU


Assalamualaikum.. 

Sejak berjauhan dengan ibuku apabila aku mendengar lagu ini aku merasa dekat dengan ibuku. Selama ini banyak pengorbanan yang dia lakukan untuk aku. Sejak dari kecil ibuku menjagaku sehinggalah kini. Begitu banyak kasih sayangnya yang dicurahkan untuk ku. Kasih sayang itu tak ternilai harganya. Ya ALLAH kau ampun kan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihiku di masa kecil. Hayatilah  lirik ini….

Buatmu ibu


Ibu.. bergenang airmataku 
Terbayang wajahmu yang redup sayu 
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan 
Bagaikan laut yang tak bertepian 

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan 
Tidak pun kau merasa jemu 
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu 
Dari kecil hingga dewasa 

Hidupmu kau korbankan 
Biarpun dirimu telah terkorban 
Tak dapat ku balasi 
Akan semua ini 
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu

Ibu.. kau ampunilah dosaku 
Andainya pernah menghiris hatimu 
Restumu yang amat aku harapkan 
Kerana di situ letak syurgaku 

Tabahnya melayani kenakalan anakmu 
Mengajarku erti kesabaran 
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan 
Menyuluh jalan kehidupan 

Kasih sayangmu sungguh bernilai 
Itulah harta yang kau berikan 

Ibu.. kau ampunilah dosaku 
Andainya pernah menghiris hatimu 
Restumu yang amat aku harapkan 
Kerana di situ letaknya syurgaku 

Tabahnya melayani kenakalan anakmu 
Mengajarku erti kesabaran 
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan 
Menyuluh jalan kehidupan 

Kasihanilah, Tuhan 
Ibu yang telah melahirkan diriku 
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku 
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana 
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana 








Saturday, February 19, 2011

ALLAH Sentiasa Bersamaku.....

Assalammualaikum….

Pernahkah kawan-kawan mengalami kegagalan dalam hidup..???

Pasti pernahkan ..!!

sebenarnya kegagalan bukanlah bererti hidup ini perlu di hentikan tetapi hakikatnya dengan adanya kegagalan dalam diri kita ini , ia membangkitkan semangat kita kembali untuk tidak terus gagal dalam hidup.

Kenapa ALLAH S.W.T menguji kita seperti itu.???

Kerana  sesungguhnya ALLAH S.W.T mahu kita sedar di bumi mana kita berpijak. Mungkin selama ini kita tidak sedar apabila kita senang, adakah kita mengingatiNYA. Hidup ini sebenarnya ibarat roda , kadang-kadang  kita di atas dan kadang-kadang kita dibawah. Itu memang tidak boleh di nafikan lagi. ALLAH menguji kita kerana ALLAH menyayangi diri kita. Bayangkan kalau hidup ini tanpa dugaan dan cabaran , ianya kosong tidak apa-apa makna . kita juga tidak akan tahu apa itu maksud sebenarnya kehidupan. Hakikatnya  yang paling dekat dengan kita apabila di timpa masalah adalah ALLAH S.W.T. Disitulah tempat kita mengadu segala masalah kita kepadaNYA . Kita perlu tahu bukan dalam kesusahan sahaja kita ingat kepadaNYA tapi pada setiap masa kita harus mengingatinya.  Sesungguhnya ALLAH S.W.T sangat menyayangi hamba-hambanya .

Firman ALLAH :

“ dan apabila hamba-hamba ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentangku , maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan pemohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaku dan beriman kepadaku agar mereka memperoleh kebenaran”
( al – baqarah 2 : 189)

Doa Apabila Menerima Musibah

إِنَّا للهِ  وَإِنَّاْ إِلَيْهِ رَاْجِعُوْنَ ، اَللّهُمَّ أَجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا

"Ya ALLAH, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yanag lebih baik daripadanya"


Doa Ketika Dalam Keadaan Tertekan

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

"Wahai ALLAH Yang Hidup ( Sentiasa Kekal ), Wahai ALLAH Yang Bangun ( Mentadbir urusan hambaNya ) Aku mohon dariMu bantuan"



Akhir kata, kita haruslah berusaha sedaya mungkin untuk tidak terus gagal dalam hidup dan tukarkan pemikiran kita tentang makna kegagalan itu daripada perspektif negetif ke positif supaya menjadi ia menjadi  pendorong pada diri kita untuk terus kehadapan. Selain itu ingat lah bahawa ALLAH akan sentiasa ada dengan kita tidak kira apa juga keadaan .





Wednesday, February 2, 2011

HIDAYAH ALLAH S.W.T

Beberapa hari yang lalu aku aku telah membeli sebuah buku yang bertajuk “Travelog HIDAYAH” dari buku tu aku dapat banyak belajar tentang hidayah yang di kurnikan oleh ALLAH S.W.T yang tidak mengira bangsa dan agama. Buku itu menyedarkan diri aku untuk sentiasa bersyukur kepadaNYA….

Hidayah itu di ibaratkan cahaya menyinari diri kita takala kita berada dalam kegelapan. Cahaya itu juga lah yang akan membawa kita kejalan yang benar dan keluarkan kita dari kegelapan tersebut  …. Ia sukar untuk di sentuh tapi boleh marasainya dengan hati yang mempunyai keimanan  ….
Hidayah itu tidak ternilai harganya malah bukan untuk diwarisi….. begitu indahnya hidayah itu…..
Hidayah dari segi bahasa bermasud petunjuk atau hadiah dan dari segi istilah hidayah bermaksud petujuk dari ALLAH S.W.T kearah kebenaran.  ALLAH menganugerahkan hidayah kepada sesiapa yang dikendakinya untuk beriman dan taat kepada perintahnya . Anugerah yang di beri kepada manusia itu tidak boleh di ukur kepada keadaan zahir seseorang individu.  

ALLAH berfirman:
فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ
Ertinya:
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. 

 Peluang yang terbuka untuk mendapat hidayah ALLAH S.W.T adalah dengan cara membaca Al-Quran dan fahami maknanya …. 
Sesungguhnya ALLAH S.W.T tidak melihat kepada hasilnya tapi kepada usahanya seseorang itu…

Kehinaan bagi orang yang jauh dari hidayah ALLAH

ALLAH menyatakan : “Dan sesungguhnya kebanyakkan daripada mereka yang dicampakkan kedalam neraka adalah dari kalangan jin dan manusia. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami (ayat-ayat ALLAH)dengannya. Mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH )dengannya. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ( ayat-ayat ALLAH )dengannya. Mereka itu diumpamakan seperti binatang ternak, malah lebih sesat lagi. Mereka itulah dari kalangan orang-orang yang lalai.”  

Ulama menafsirkan ayat ini dengan mengatakan “sesungguhnya hati , mata, dan telinga itu sepatutnya digunakan untuk menarik hidayah ALLAH. Maka andai mereka tidak mampu jua menarik hidayah itu( tidak dipergunakannya ) sungguhlah mereka itu dari kalangan orang yang tiada bezanya dengan binatang ternak dan orang yang rugi….  

Jadi kita haruslah bersyukur kerana telah dikurniakan hidayah dari ALLAH S.W.T kerana masih mempunyai kesedaran dalam diri. Adakah kita sedar bagaimana keadaan rakan-rakan kita di luar sana. Apakah tujuan hidupnya dan kemana arah tuju hidupnya selepas ini.????
Renungkanlah dalam diri kita.
Dimana kita berada???
Kita berdoa supaya ALLAH S.W.T kurniakan hidayah itu kepada mereka serta kekalkan lah keimanan dan ketakwaan pada diri kita.

Monday, January 10, 2011