Wednesday, February 2, 2011

HIDAYAH ALLAH S.W.T

Beberapa hari yang lalu aku aku telah membeli sebuah buku yang bertajuk “Travelog HIDAYAH” dari buku tu aku dapat banyak belajar tentang hidayah yang di kurnikan oleh ALLAH S.W.T yang tidak mengira bangsa dan agama. Buku itu menyedarkan diri aku untuk sentiasa bersyukur kepadaNYA….

Hidayah itu di ibaratkan cahaya menyinari diri kita takala kita berada dalam kegelapan. Cahaya itu juga lah yang akan membawa kita kejalan yang benar dan keluarkan kita dari kegelapan tersebut  …. Ia sukar untuk di sentuh tapi boleh marasainya dengan hati yang mempunyai keimanan  ….
Hidayah itu tidak ternilai harganya malah bukan untuk diwarisi….. begitu indahnya hidayah itu…..
Hidayah dari segi bahasa bermasud petunjuk atau hadiah dan dari segi istilah hidayah bermaksud petujuk dari ALLAH S.W.T kearah kebenaran.  ALLAH menganugerahkan hidayah kepada sesiapa yang dikendakinya untuk beriman dan taat kepada perintahnya . Anugerah yang di beri kepada manusia itu tidak boleh di ukur kepada keadaan zahir seseorang individu.  

ALLAH berfirman:
فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ
Ertinya:
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. 

 Peluang yang terbuka untuk mendapat hidayah ALLAH S.W.T adalah dengan cara membaca Al-Quran dan fahami maknanya …. 
Sesungguhnya ALLAH S.W.T tidak melihat kepada hasilnya tapi kepada usahanya seseorang itu…

Kehinaan bagi orang yang jauh dari hidayah ALLAH

ALLAH menyatakan : “Dan sesungguhnya kebanyakkan daripada mereka yang dicampakkan kedalam neraka adalah dari kalangan jin dan manusia. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami (ayat-ayat ALLAH)dengannya. Mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH )dengannya. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ( ayat-ayat ALLAH )dengannya. Mereka itu diumpamakan seperti binatang ternak, malah lebih sesat lagi. Mereka itulah dari kalangan orang-orang yang lalai.”  

Ulama menafsirkan ayat ini dengan mengatakan “sesungguhnya hati , mata, dan telinga itu sepatutnya digunakan untuk menarik hidayah ALLAH. Maka andai mereka tidak mampu jua menarik hidayah itu( tidak dipergunakannya ) sungguhlah mereka itu dari kalangan orang yang tiada bezanya dengan binatang ternak dan orang yang rugi….  

Jadi kita haruslah bersyukur kerana telah dikurniakan hidayah dari ALLAH S.W.T kerana masih mempunyai kesedaran dalam diri. Adakah kita sedar bagaimana keadaan rakan-rakan kita di luar sana. Apakah tujuan hidupnya dan kemana arah tuju hidupnya selepas ini.????
Renungkanlah dalam diri kita.
Dimana kita berada???
Kita berdoa supaya ALLAH S.W.T kurniakan hidayah itu kepada mereka serta kekalkan lah keimanan dan ketakwaan pada diri kita.

No comments:

Post a Comment