Tuesday, April 15, 2014

Tinggal kini aku sendiri

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tinggal kini ku sendiri..

Meniti hidup yang penuh ranjau dan rintangan..

Mungkin dulu bersama..
Tapi kini.........................



Aku sendiri..

Walaupun kau berada disisi..
Tapi kau bukan kau yang dahulu..
Yang sentiasa bersama..


Sepatutnya aku harus bersedia dari dulu lagi..

Aku tahu perkara ini akan berlaku..
Kau sudah bersama dengan orang yang tersayang..
Kini  aku sudah merasakan jarak perhubungan antara kita..


Kau pernah kata..

Kau tidak akan tinggalkan aku sendiri..
Tapi sukar untuk kau laksanakannya..
Sebab kau kini sudah ada tanggungjawab yang besar..
Aku tidak boleh bergantung harap dengan kau lagi..


Andai aku pergi jauh bukan bermakna aku bencikan kau..

Aku hanya mahu kau bahagia..
Aku tidak mahu kau runsingkan kerana aku..
Aku hanya pohon doa seorang SAHABAT..
SAHABAT yang selalu susah senang bersama..


~Buat sahabatku~


Menatap indahnya senyuman diwajahmu 
Membuat ku terdiam dan terpaku 
Mengerti akan hadirnya cinta terindah 
Saat kau peluk mesra tubuhku 

Banyak kata 
Yang tak mampu kuungkapkan 
Kepada dirimu 
Aku ingin engkau selalu 
Hadir dan temani aku 
Disetiap langkah 
Yang meyakinimu 
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku 

Meski waktu akan mampu 
Memanggil seluruh ragaku 
Ku ingin kau tau 
Ku selalu sahabatmu 
Yang mencintaimu 
Sepanjang hidupku......

T_T 



Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena
Kutahu
Hanya Engkau
Tuhanku

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena
Kutahu
Hanya Engkau
Tuhanku

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di setiap waktu

Hanyalah kepadaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di Setiap Waktu


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NH_

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul


12 Rabiulawal

Allahhummasolli'ala muhammad
Ya nabi Allah Ya Rasulullah

<3 <3 <3

Lukisan dari hati

Sahabat sejati

Don't give up

Friday, December 27, 2013

Ujian Hidup T_T




Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman 
KepadaNYA akan ku pergi
Unutk mencari bimbinganNYA

Ku serah takdir di tanganNYA
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
NamaMU selalu Ya Rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran 
Akan ku memanjangkan kesabaran
ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku serahkan takdir di tanganNYA
Mengukir perjalanan

Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk
Apabila pemandangan samar
Biar pu hidup di goda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya


Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
NamaMU selalu Ya Rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran 
Akan ku memanjangkan kesabaran
ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ujian Hidup _ IMAM MUDA



Saturday, December 21, 2013

Bulatan Gumbira Kami


Usrah Kami ^^

Assalamualaikum..
Ini Bulatan Gumbira kami..
Semoga hati-hati kami bersatu ..

Bersatu mengejar SATU Matlamat dan Impian..

sayang . kasih . cinta  kerana ALLAH SWT

ALLAH Itu Hampir


Kadang-kadang kita jatuh tersungkur, ada seseorang datang memberi semagat untuk kita supaya kita bangun semula.

Kemudian orang tersebut pergi meninggalkan kita, kita kembali sedih. Kita fikir, orang yang selama ini memberi semangat untuk kita sudah pergi. Sehingga kita tidak sedar yang menghadirkan orang tersebut untuk datang kepada kita adalah ALLAH. Yang mengilhamkan ke dalam hatinya untuk memberi semangat kepada kita itu juga ALLAH.

#Sungguh, Allah tidak pernah meninggalkan aku dan kamu dalam apa jua keadaan.


Adakah kita bersendirian?

Monday, December 16, 2013

Rintihanku~

Kadang-kadang Hati ini merintih #Sendiri
Mengenangkan diri jauh dari Pencipta..

Kemanakah aku yang  #Dahulu ..?
Aku yang dahulu yang bersemangat mengenal ALLAH..
Aku yang dahulu yang mengikut perintah ALLAH..
Aku yang dahulu yang  mendahulukan pandangan ALLAH..

Apa yang terjadi pada diriku #Sekarang ..? 
Yang selalu menghampiri dosa..
Yang selalu  mengejar dunia..
Yang jauh daru suruhanNYA..


Kenapa berlaku pada #Diriku ..?
Apa yang aku telah lakukan..
Sehinggakan  aku merasa lemah..
Sehinggakan aku jauh dari ALLAH..

Kemana #Halatujuku .. DUNIA atau AKHIRAT..

~  " Tunjukilah kami Jalan yang lurus." 
(Surah Al-Fatihah ayat 6)


Saturday, April 6, 2013

Thursday, January 3, 2013

Sunday, December 16, 2012

Buat Sahabat-sahabat

Buat Sahabat yang bakal menduduki peperiksaan...

" Tika wajah penat memikirkan dunia...
Maka berwuduklah ..
Tika tangan letih menggapai cita-cita..
Maka serulah Allahu Akhbar..
Tika bahu tiada kuas memikul amanah ..
Maka bersujudlah..
Tika hati dan perasaan terasa sangat-sangat penat
kerana terpaksa berperang dengan hawa nafsu dan
godaan syaitan seorang diri..
Maka sedarlahsebenarnya anda tidak sendiri,
Allah ada bersammu..
Yakinlah dan teruskanlah bermujahadah..
Berlindung dengan nama Allah,
Yang Maha Melindungi dan Maha Menyayangi..
Ikhlaskan semuanya dan dekati Allah SWT.
Agar tunduk disaat yang lain runtuh..
Agar tegar disaatyang lain masih terhampar.."

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN YANG HAMPIR MENJELMA
^_^

Sunday, June 24, 2012

Hatiku milik DIA

ASSALAMUALAIKUM w.b.t.

Dimana KAU dihatiku, YA ALLAH..
YA ALLAH kuatkanlah aku,
Jangan KAU tinggalkanku sendirian,
Aku ingin merintih kesedihan ini kepada KAU, 
YA ALLAH..

Tiada siapa tahu,
Tiada siapa pinta ujian bertamu,
Bibir mudah mengucap sabar, 
Tapi hati inilah yang remuk menderita,
Insan memandang,
mempunyai berbagai tafsiran,

Segala takdir, 
Ku terima dengan hati terbuka, 
Walau tersiksa ada hikmahnya,
Harus ada rasa bersyukur,

Di setiap kali ujian menjelma,
Itu jelas membuktikan,
ALLAH mengasihiku setiap masa,
Diuji tahap keimanan,
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan,
Hanya Yang terpilih sahaja,
Antara berjuta mendapat rahmatNYA.

ALLAH rindu mendengarkan,
Rintahanku berpanjangan,
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi,
Maka bersyukurlah selalu.


Takala kesedihan menimpa diri janganlah kita berputus asa dalam berhadapinya. Allah menyatakan dengan jelas dalam Al-Quran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara.

Tuesday, May 8, 2012

Jalan-Jalan Petunjuk

Aku Jiwa Kosong

Assalamualaikum wbt.
Jiwa ini tidak akan kosong selagi kita mengingati ALLAH S.W.T.

'Sesungguhnya hati-hati ini berpadu dan berhimpun dalam naungan cintaMU'
'Bersatu dalam perjuangan menegak syariat dalam kehidupan'
'Terangilah dengan cahyaMu yang tiada pernah padam'
'Ya Robbi bimbinglah kami....'


Saturday, April 21, 2012

Pejuang Islam

Assalamualaikum...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DOA RABITAH

Sesungguhnya Engkau tahu 
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Sesungguhnya Engkau tahu

Bahwa hati ini tlah berpadu

Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan

Bersatu dalam perjuangan

Menegakkan syariat dalam kehidupan


Sesungguhnya Engkau tahu

Bahwa hati ini tlah berpadu

Berhimpun dalam naungan cintaMu


Bertemu dalam ketaatan

Bersatu dalam perjuangan

Menegakkan syariat dalam kehidupan


Kuatkanlah ikatannya

Tegakkanlah cintanya

Tunjukilah jalan-jalannya



Terangilah dengan cahyaMu

Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…



Rapatkanlah dada kami

Dengan karunia iman

Dan indahnya tawakkal padaMu



Hidupkan dengan ma’rifatMu

Matikan dalam syahid di jalanMu

Engkaulah pelindung dan pembela



Rapatkanlah dada kami

Dengan karunia iman

Dan indahnya tawakkal padaMu


Hidupkan dengan ma’rifatMu

Matikan dalam syahid di jalanMu

Engkaulah pelindung dan pembela


Kuatkanlah ikatannya

Tegakkanlah cintanya

Tunjukilah jalan-jalannya



Terangilah dengan cahyaMu

Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Ya Robbi bimbinglah kami…

Ya Robbi bimbinglah kami…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lukisan Pertama

Wanita Solehah ( Lukisan pertama )




NH_

Monday, April 9, 2012

Hanya DIA Sahaja yang Tahu

Lagu yang penuh makna

Lafaz Yang Tersimpan - UNIC

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

__________________________________
SAYA SAYANG EMAK KERANA ALLAH
SAYA SAYANG ABAH KERANA ALLAH
SAYA SAYANG SAHABATKU KERANA ALLAH
WE LOVE ALLAH

ALLAHUAKBAR !!

Ungkapan-ungkapan inilah yang sukar untuk di dilontarkan.

"ITULAH LAFAZ YANG TERSIMPAN"


Nukilan dari hamba ALLAH

Tuesday, January 24, 2012

JanGan PernaH Rasa SunYi

Assalamualaikum w.b.t.

Wahai sahabat-sahabatku

Pernahkah kita berasa sunyi dan keseorangan ?

Sebenarnya Tidak..

Cuba sahabat-sahabat fikirkan
kita sebanarnya tidak pernah keseorangan kerna ALLAH S.W.T sentiasa bersama kita tidak kira apa jua keadaan.

ALLAH berfirman yang bermaksud

"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah."
(Al-Baqarah: 107).



"Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan."
(Surah Al-Hadid 57: Ayat ke 4)






Sunday, November 27, 2011

Qiammullai

Assalamualaikum wbt..

Qiammullai bermaksud dirikan malam. Melakukan ibadah sunat contohnya baca Al-Quran, solat sunat taubat, solat sunat tahajut, solat sunat hajat dan lain-lain.

Amalan qiammullai ini Allah sangat suka apabila kita melakukannya atau menegakkan. Allah berjanji meletakkan orang yang selalu melakukan qiamuallai di tempat yang sangat terpuji (syurga).

Rasulullah bersabda:

 “Amalan qiam ini amalan orang-orang yang soleh yang terdahului dari kami.”

 Ia adalah amalan para nabi dan sahabat-sahabat baginda. Kehebatan qiam adalah dapat mengampunkan dosa dan mendekatkan diri kepada Allah.

Saidatina Aisyah RH berkata:  Rasulullah tidak pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun dalam keadaan uzur.

Rasulullah melakukan solat malam sampaikan bengkak kaki baginda. Malunya rasa apabila dibandingkan dengan kita hanya membengkakkan mata kerana terlebih tidur. Nauzubillah..

Allah SWT berfirman:

“Lambungkan mereka dari tempat tidurnya, mereka berdoankepada tuhan dengan rasa takut dan penuh harap,dan mereka menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah As-Sajdah: 16)

Ciri-ciri orang yang beriman yang terdapat dalam (Surah As-Sajdah: 16)
  • ·         Meninggalkan tempat tidur mereka untuk solat tahajjud
  • ·         Mendermakan sedikit harta mereka

Allah SWT berfirman:

“Wahai orang yang berselimut(Muhammad)! Bangunlah (untuk solat) pada malam hari, kecuali sebahagian kecil, (Yaitu) separuhnya atau kurang sedikit dari itu, Atau lebih dari (seperdua ) itu, dan bacalah Al-Quran dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan turunkan perkataan yang berat kepadamu. Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi  jiwa); dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan .” (Surah Al-Muzzammil: 1, 2, 3, 4, 5, 6)

Semua ini terpulang kepada kita apa yang harus kita lakukan untuk mencari cinta yang abadi daripada Allah SWT.