Friday, November 26, 2010

perjuangan

Sebagai seorang pelajar kita harus teruskan perjuangan ini dan kita harus percaya diri kita yang menyatakan bahawa diri kita boleh lakukan ...Jika kita tersungkur janganlah sekali kita putus asa malahan kita berdoalah kepada NYA (ALLAH) kerana kepadaNYA lah kita bergantung. sesungguhnya gagal itu adalah titik permulaan untuk kita berjaya kerana dari gagal kita sedar bahawa kita masih belum cukup ilmu.



jika kau fikirkan kau boleh ,
kau pasti boleh melakukan ,
jika kau fikirkan ragu-ragu ,
fikiranmu tidak menentu ,
jikau fikirkan kekalahan ,
kau hampiri gegagalan ,


ini menyatakan bahawa perkara tersebut datang daripada diri kita sendiri. kita hamba yang lemah dan serba kekuranggan. Kita hanya merancang tetapi ALLAH lah yang menentukan. ALLAH memberi kepada kita apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. Perjuaangan sebagai seorang pelajar bukan hanya kepada belajar tetapi kepada keseluruhannya. Jadi INGAT tangungjawab sebenar seorang pelajar...kita juga belajar bukan semata-mata untuk menghadapi peperiksaan tetapi untuk mendapat mendapat keredhaan ALLAH. Sesunguhnya menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap insan tidak kiralah ilmu duniawi mahupun akhirat.

kepada kawan-kawan yang menduduki peperiksaan saya ucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga berjaya mencapai apa yang menjadi impian korang....

No comments:

Post a Comment