Saturday, November 13, 2010

Catatan Pertama :)

Assalamualaikum kepada pembaca blog ini.. ^____^

Saya mahu menceritakan tentang kisah sahabatku..

Dia seorang yang sangat tabah.. dia sentiasa memberikan semangat kepadaku supaya terus berusaha dan berjaya. Dia bersamaku didalam susah dan senang. Aku bersyukur kerana di kurniakan seorang sahabat seperti dia dan sentiasa membawaku kejalan yang benar bukan kawan yang membawa ke arah keburukkan kerana pengaruh kawan amat kuat untuk membawa seseorang yang kearah yang baik mahupun yang sebaliknya. Sahabat yang sejati adalah orang yang berkata benar kepadaku bukan membenarkan kata-kataku.apabila mendengar perbualannya iman akan bertambah dan apabila ,mendampinginya hati kita akan menjadi tenang .Bila aku sunyi, bila aku sedih dan bila aku gembira engkau akan sentiasa berada bersamaku. you're my best friend. Hatiku berwarna warni salah satu warnanya diwarnai oleh kamu. itulah diantara terdapat tanda seorang sahabat yang sejati. Khas untukmu…


Untukmu sahabat,

Kawanku janganlah kau bersedih kerana aku sentisa besamamu walau apa pun yang berlaku. Engkau adalah sahabatku yang aku kasihi jika kau membaca blog ini kau akan tahu apa yang ingin aku sampaikan. Engkau  adalah sahabat yang bersamaku selama ini didalam susah dan senang. Aku harap kau bahagia dan senang bersama diriku. Aku tahu mungkin selama kita berkawan engkau terasa hati terhadap aku dan harap kau maafkanku. Sebuah pantun untuk mu.

Tolak raga atas bangku,
Jangan sampai hidup melarat,
Terima kasih sahabatku,
Menjadi sahabatku dunia akhirat,

Pilihlah sahabat bilamana memandang wajahnya kita teringat akan ALLAH....
Sahabat yang baik umpama minyak wangi iaitu kamu akan dapat aroma daripadanya...

Selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak mencari sahabat dan yang lemah daripada itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari...


sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan..
sahabat sejati menjadi pendorong impian..
sahabat berhati mulia membawa kita kejalan ALLAH..

Ya ALLAH aku menyayangi sahabat ku dengan segenap jiwaku yang sering bersamaku dan menjaga nama baikku ketika hidup@ selepas mati .

Binalah kasih sesama insan demi kasih sayang ALLAH...





1 comment:

  1. BuAT SaHAbat yang TerSayang ...
    yang membawa tuJuan yang sama ^__^

    ReplyDelete